Sunday, 18 June 2023

 Latihan

1. Senaraikan seberapa banyak alat muzik tradisi yang kamu ketahui.

2. Tuliskan acara-acara yang melibatkan alat muzik tradisi Brunei.

 

 

ALAT MUSIK TRADISI BRUNEI

·       Khazanah yang berharga

·       Sultan Bolkiah (sultan ke-5) dikenali sebagai Nakhoda Ragam kerana sentiasa membawa orkestra gulintangan dalam pelayaran.

·       Orkestra gulingtangan terdiri dari Gulingtangan, tawak-tawak, gong, canang dan gendang labik.

·       Gulintangan ialah alat paling penting dan berpengaruh dalam orksetra gulintangan. Jika tiada maka rangkaian orkestra gulintangan tidak akan berfungsi. Ia merupakan penentu untuk pembuka lagu, penutup dan salingan.

·       Tawak-tawak; digunakan sebagai bunyi latar lagu yang dimainkan. Ia menyebabkan lagu semakin manis di dengar. Ia bertindak seperti bass selain gong. Sesetengah lagu, dua tawak-tawak  digunakan (l peningkul dan 1 peningkah )

·       Gong: berperanan sebagai pengiring dan mempelbagaikan irama yang dimainkan. Kehadirannya amat diperlukan dan boleh menyebabkan irama yang dimainkan menjadi sunyi dan lengang jika tiada pukulan gong.

·       Canang: tidak berapa penting. Ia bersifat sebagai pengiring sahaja. Namun dalam sesetengah lagu, ia berperanan penting seperti ayasan digunakan untuk memulakan lagu. Canang terbahagi kepada dua iaitu canang 1 dan canang 3. Biasanya pemainnya seorang saja.

·       Gendang Labik: merupakan alat yang mempunyai peranan yang penting dengan peralartan gulintangan. Ia menghidupkan sesuatu irama. Kedua-duanya juga digunakan sebagai isyarat bagi menamatkan satu-satu permainan.

·       Alat musik digunakan dalam acara  seperti perkahwinan, persembahan sekolah, majlis peraduan musik dan tarian kebudayaan.