Sunday, 12 October 2025

BENDERA MASJID

 

                               Gambar menunjukkan bendera masjid dikibarkan pada hari Jumaat.


1.      Berapakah bendera masjid yang ada di Brunei?

Ada 3 jenis bendera.

2.      Di manakah bendera masjid ini dinaikkan dan dikibarkan?

Di perkarangan masjid

3.      Namakan ketiga-tiga warna bendera tersebut dan bila ia dikibarkan?

Warna

Hijau

Hitam

Putih

Isnin

R

 

 

Selasa 

R

 

 

Rabu

R

 

 

Khamis

R

R

 

Jumaat

R

R

R

Sabtu

R

 

 

Ahad

R

 

 

R: hari bendera di kibarkan

4.      Kenapa ketiga-tiga bendera dikibarkan pada hari jumaat?

kerana hari jumaat merupakan hari yang termulia sekali dalam seminggu di sisi agama Islam.

 

5.      Adakah ketiga-tiga bendera itu mempunyai rekabentuk yang sama?

Ya, ketiga-tiga bendera itu mempunyai warna yang sama.

6.      Terangkan reka bentuk yang terdapat pada bendera.

a.      Bulan sabit berwarna putih (warna kuning sekiranya tanah benderanya berwarna putih) terletak di sebelah kiri

b.     Kalimah ALLAH di atas tanduk bulan sabit

c.     Kalimah “La illaha Illallahhu Muhammaddur Rasulullah yang terletak dalam lingkungan bulan sabit

d.      Lambang kerajaan berwarna merah terletak di sebelah kanan bendera

e.    Lambang kerajaan ini dilingkari di sebelah bawah dan kirinya dengan kalimah “Ud Khuluha Bisalaamin Aminin”.

7.      Apakah maksud “Ud Khuluha Bisalaamin Aminin”?

Masuklah kedalamnya dengan sejahtera dan aman 

 

 

Gambar menunjukkan bentuk dan warna bendera-bendera masjid.

 

Rujukan: Buku teks Melayu Islam Beraja Menengah 4