Tuesday, 27 January 2026

Jujur

Sikap ikhlas dan berterus terang dalam perbuatan dan percakapan semasa membuat sesuatu pekerjaan yang berkebajikan.

Kebaikan
  • Orang yang mengamalkan sikap jujur dalam kehidupannya bukan sahaja membahagiakan diri sendiri tapi memberikan keyakinan Dan kesenangan kepada semua orang.
  • Seseorang yang jujur akan dihormati, dipercayai, disayangi, disanjung tinggi serta mudah didampingi.

Jika tiada sikap ini
  • Bagi yang tiada sikap jujur seperti berbohong, menipu, sombong dan tidak ikhlas, mereka ini menjadi musuh masyarakat.
  • Mereka akan sentiasa dibenci kerana tidak jujur dalam membuat pekerjaan dan urusan.
  • Jika masyarakat mengamalkan sikap ini, Maka negara akan menjadi kucar-kacir dan saling bergaduh.

Cara mewujudkan
  • Ketika berada di kantin, kita hendaklah membayar makanan yang dimakan.
  • Semasa menduduki peperiksaan, kita dilarang untuk meniru.
  • Jika melakukan kesalahan, kita hendaklah mengakui dan jangan menuduh orang lain.


Sunday, 18 January 2026