· Dalam kehidupan seharian, kita tidak bersendirian sahaja.
· Setiap orang mempunyai keluarga yang terdiri dari nenek, bapa ibu, adik beradik, bapa saudara atau ibu saudara sebelah bapa, bapa saudara dan emak saudara sebelah ibu.
· Panggilan dalam keluarga menggunakan ganti nama khusus.
· Penggunaan ganti nama ini penting:
1. kerana ia dapat membezakan pangkat antara satu sama lain.
2. kerana ia adalah amalan yang terpuji dan disanjung tinggi.
· Terdapat juga panggilan kepada orang yang tertentu.
· Dalam kekeluargaan ada beberapa panggilan yang menjadi adat dan kebiasaan orang Brunei.
· Antara contoh panggilan pangkat kekeluargaan ialah:
|
Nenek atau nini |
Bapa atau ibu kepada bapa dan ibu kamu |
|
bapa |
Ayah |
|
Babu atau mama |
Ibu |
|
Siawang |
Anak lelaki |
|
Sidayang |
Anak perempuan |
|
Abang, kakak dan adik |
Panggilan adik beradik kamu |
|
awang |
Kaum lelaki |
|
Dayang |
Kaum perempuan |
|
Haji atau tuan haji |
Lelaki yang menunaikan haji |
|
Hajah atau puan hajah |
Perempuan yang menunaikan haji |
|
Pengiran |
Kepada orang yang bergelar awangku dan dayangku yang telah cukup umur tertentu. |
|
awangku |
Anak lelaki kepada pengiran |
|
dayangku |
Anak perempuan kepada pengiran |
|
Cikgu |
Panggilan khusus buat tenaga pengajar, guru atau pendidik |
|
Imam |
Orang yang bertugas sebagai imam |
|
Bilal |
Tukang azan |
|
Dato Seri Paduka, Dato Seri Setia dan Dato Paduka |
Mereka yang dikurniakan binatang kebesaran darjah pertama dan kedua |
Panggilan buat adik beradik ibu atau bapa
|
Bilangan |
Gelaran |
|
Anak yang pertama |
Tua/wawa |
|
Anak yang kedua |
Basar/asai/acai |
|
Anak yang ketiga |
Tangah/angah |
|
Anak yang keempat |
Iring |
|
Anak yang kelima |
Uda/muda |
|
Anak yang keenam |
Amit/ damit |
|
Anak yang ketujuh |
Bungsu/usu/ucu |
Rujukan:
Negaraku Brunei Tercinta, Tahun 8
No comments:
Post a Comment