Tuesday, 21 January 2025

DIALEK PUAK-PUAK JATI BRUNEI

 

Tiap-tiap puak Melayu jati Brunei mempunyai adat, kepercayaan dan budaya yang cuba mereka kekalkan serta pertahankan. Mereka juga mempunyai dialek sendiri yang digunakan sesama mereka sebagai alat perhubungan terutama dikalangan orang-orang tua. Namun begitu, dialek Melayu Brunei sering digunakan dalam perhubungan antara satu puak dengan puak yang lain.

Dialek Melayu Brunei mempunyai banyak persamaan dengan dialek Melayu Kedayan dari segi sebutan dan perkataan dan maknanya. Walaupun begitu antara dialek-dialek ini mempunyai ciri-ciri khusus. Manakala dialek Melayu Belait, Bisaya, Dusun, Murut dan Tutong pula terdapat perbezaan dan kelainan dibandingkan dengan dialek Melayu Brunei dan Kedayan.

Berikut adalah beberapa contoh perkataan bahasa Melayu baku yang dibandingkan dengan dialek-dialek Puak Jati Brunei tetapi mempunyai makna yang sama:

Bahasa Melayu Baku

Belait

Bisaya

Melayu Brunei

Dusun

Kedayan

Murut

Tutong

ikan

puta

sada

lauk

sada

lauk

lawid

puta

makan

kuman

makan

makan

makan

makan

kuman

mian

perempuan

turca

kekimo

bini-bini

kekimo

bini-bini

dacur

turis

pagi

segen

sambut

sambat

sambut

sambat

peka

sambut

kain

libun

libun

kain

libun

kain

kibung

libun

ramai

adcu

suang

ramai

suang

amai

mula

adu

datang

uchcu

mikut

datang

mikut

datang

mercing

sabi

habis

mabci

naie

abis

naie

abis

rabut

napu

 

Rujukan:

Buku teks MIB menengah 4

Monday, 20 January 2025

NAUBAT DIRAJA BRUNEI

 



Naubat Diraja Brunei merupakan alat-alat muzik diraja yang terkandung di dalam Alat-Alat Kebesaran Diraja bagi Negara Brunei Darussalam. Seperti kesultanan-kesultanan yang memiliki kumpulan nobat diraja mereka yang tersendiri, Naubat Diraja Brunei ini telah menjadi lambang kekuasaan dan kedaulatan Sultan-Sultan Brunei yang memerintah di atas takhta Kerajaan Negara Brunei Darussalam sejak zaman dahulu lagi. Menurut Salasilah Raja-Raja Brunei, Naubat Diraja Brunei merupakan warisan Sultan-Sultan Brunei dari negeri "Johor Kamal-ul-Maqam" dan negeri Minangkabau.

Ahli-ahli Pasukan Naubat Diraja Brunei lazimnya akan mewarisi pekerjaan datuk-nenek mereka dahulu sebagai pegandang. Oleh kerana Kampong Ayer pernah menjadi kawasan persemayaman Sultan-Sultan Brunei, 'pegandang-pegandang' dipilih dari beberapa buah perkampungan di Kampong Ayer, iaitu: Sultan Lama (tidak lagi wujud), Pemancha Lama (tidak lagi wujud) dan Sungai Kedayan. Walau bagaimanapun, kini sesiapa saja boleh menjadi 'pegandang', asalkan mempunyai bakat serta adab dan ketertiban (termasuk pengetahuan Bahasa Dalam atau Bahasa Istana) yang diperlukan. Ia terdiri dari 3 jenis alat muzik iaitu Nakara, Serunai dan Gendang Labek.

Nakara

Nakara adalah salah satu alat yang terkandung dalam Naubat. Di antara semua alat-alat Naubat, Nakara yang tertinggi sekali kedudukannya. Sebab itu, ia diletakkan di tempat yang tinggi daripada alat-alat Naubat lain dan semasa membawanya pun diusung di atas kepala oleh Juru (penggual Nakara atau Ketua Pegendang), dan tempat menyimpannya juga diistimewakan daripada yang lain, iaitu diletakkan di atas kaban (peti) Mahkota. Dikatakan juga sahap Nakara ini dibuat daripada kulit Tuma.

Serunai

Mengikut tradisi, Naubat Diraja Brunei mempunyai 4 buah serunai: 2 bersampak emas dan 2 bersampak perak. Lazimnya, hanya 1 atau 2 buah serunai akan ditiup di dalam sesuatu masa. Rampak-rampak (irama) serunai adalah seperti berikut: Liu-Liu, Kudidi, dan Sangga Bunuh.


Gendang Labek

Dua buah gendang berukuran sederhana, di mana satu permukaan akan dipalu dengan menggunakan kayu rotan, manakala satu permukaan lagi akan dipalu dengan tangan. Para pemain akan memalu gendang labik secara serentak, mengikut rentak Nakara.

Selain Naubat Diraja Brunei, terdapat juga Gendang Jaga-jaga kebesaran diraja yang terdiri dari Nakara, Serunai, Gendang Labek, Canang dan Gong.

Canang

Canang berperanan sebagai pengiring lagu. Ia tidak digunakan dalam semua lagu.

Gong

Gong berperanan sebagai pengiring dan mempelbagaikan irama yang dimainkan. Kehadirannya amat diperlukan dan boleh menyebabkan irama yang dimainkan menjadi sunyi dan lengang jika tiada pukulan Gong.




Rujukan:

https://www.adat-istiadat.gov.bn/SitePages/Alat-Alat%20Kebesaran%20Diraja.aspx

https://ms.wikipedia.org/wiki/Naubat_Diraja_Brunei

Borneo Bulletin