FAEDAH PENGLIBATAN
DALAM MAJLIS ATAU AKTIVITI KEAGAMAAN
Bulan-bulan Islam
|
Muharram
|
Safar
|
Rabiulawal
|
Rabiulakhir
|
Jamadilawal
|
Jamadilakhir
|
|
Rejab
|
Syaaban
|
Ramadan
|
Syawal
|
Zulkaedah
|
Zulhijjah
|
Majlis-Majlis
Keagamaan
·
Di
dalam Islam terdapat hari-hari kebesaran Islam.
·
Hari-hari
kebesaran ini mempunyai kelebihan dan keutamaannya.
·
Sesetengah
hari-hari kebesaran Islam itu mempunyai amalan-amalan yang hanya dilakukan pada hari tersebut.
·
Antaranya
ialah:
|
1
Muharam
|
Awal
tahun hijrah
|
|
12
rabiulawal
|
Hari
keputeraan Nabi Muhammad
|
|
27
rejab
|
Isra
dan Mikraj
|
|
15
syaaban
|
Nisfu
syaaban
|
|
1-30
Ramadan
|
Puasa
(antara 1 malam itu lebih baik dari 100 bulan iaitu malam lailatul Qadar).
|
|
17
Ramadan
|
Nuzul
Al-Quran
|
|
1
Syawal
|
Hari
Raya Aidilfitri
|
|
10
Zulhijjah
|
Hari
Raya Aidiladha
|
·
Bagi
menghayati dan mendukung falsafah Melayu Islam Beraja, hari kebesaran Islam
disambut secara besar-besaran.
·
Perkara
ini disarankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam yang antara lain baginda bertitah:
“… demikian juga beta telah menyarankan supaya hari-hari kebesaran Islam
disambut dengan secara besar-besaran…”
·
Bagi
memuliakan majlis keagamaan tersebut, kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah
menetapkan hari-hari kebesaran Islam sebagai hari-hari kelepasan awam (cuti).
a.
Sambutan
Awal Tahun Hijrah
Awal
Tahun Hijrah
1.
Nama
lain: awal muharram
2.
Sebab:
bulan pertama dalam takwim Islam
3.
Bila
takwim Islam dicipta?: semasa pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab.
4.
Bilakah
pertama hijrah? Baginda memilih tarikh Nabi Muhammad berhijrah itu sebagai
tahun pertama hijrah.
Sambutan
Awal Tahun Hijrah
1.
Sambutan
awal tahun Hijrah dilakukan secara besar-besaran di Brunei Darussalam
2.
Bagaimana
ia disambut di masjid? Ia disemarakkan dengan bacaan doa awal dan akhir tahun
serta bersolat magrib berjemaah. Seterusnya diikui dengan bacaan surah Yassin
beramai-ramai di semua masjid dan surau.
3.
Siapa
yang akan hadir di acara kemuncak? Majlis ini dihadiri oleh Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam, kerabat diraja, pembesar negara
4.
Apakah
aktiviti lain yang dilakukan untuk menyambut kedatangan awal muharram ini?
Sepanjang bulan Muharram, semua masjid, surau, jabatan kerajaan dan swasta akan
mengadakan majlis becorak keagamaan seperti syarahan, dikir dan peraduan
keagamaan.
5.
Apakah
kelebihan dan keistimewaan sambutan awal tahun Hijrah?
I.
Mengambil
tabaruk(berkat) hari kebesaran Islam bagi menyemarakkan syiar Islam
II.
mengukuhkan
keimanan
III.
mewujudkan
perpaduan ummah
IV.
mengeratkan
silaturahim
V.
meningkatkan
takwa kepada Allah dan Rasul
b.
Sambutan
Maulidur Rasul
Maulud
Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam
1.
Nama:
Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bin Abdullah.
2.
Bila
dilahirkan? Waktu subuh, hari isnin, 12 Rabiul Awal tahun Gajah bersamaan 20
April 571 Masehi di Kota Mekah Al-Mukarramah
3.
Kenapa
diadakan sambutan? Sebagai tanda cinta dan kasih sayang umat Islam kepada
junjungan besar Nabi Muhammad, peristiwa kelahiran baginda ini disambut secara
besar-besaran di seluruh dunia Islam
Sambutan
Maulud Nabi Muhammad
·
Di
Negara Brunei Darussalam, sambutan Maulud Nabi disambut secara besar-besaran di
seluruh negara.
·
Ia
dimulakan dengan mengadakan majlis dikir di semua masjid dan surau. Majlis ini
diadakan selama 12 malam berturut-turut mulai 1 Rabiulawal
·
Acara
kemuncak ialah syarahan agama, dikir dan perarakan berjalan kaki. Kebiasaannya
perhimpunan besar diadakan di ibu negara iaitu Bandar Seri Begawan. Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam serta kerabat diraja berangkat ke majlis sambutan tersebut.
Baginda akan beramah mesra bersama rakyat. Seterusnya mengetuai perarakan
bersama rakyat.
c.
Sambutan
Hari Raya
Sambutan
Hari Raya
Sambutan
hari raya di Brunei ada 2:
·
Hari
raya Aidiladha: dirayakan pada 10,11,12 dan 13 Zulhijjah
·
Hari
Raya Aidilfitri dirayakan pada 1 Syawal
Hari
Raya Aidiladha
·
Nama
lain: Yauman-Nahar( Hari Raya Korban) dan Yamul-Haj (Hari Raya Haji)
·
Hukum: hari yang dituntut (sunat mu’akkat) kepada
umat Islam melakukan korban binatang yang ditentukan oleh syarak.
·
Apakah
binatang-binatang yang boleh dikorban? Kambing, lembu, kerbau dan unta.
·
Apakah
antara amal ibadat yang dilakukan bagi merayakan dan memuliakan Hari Raya
Aidiladha?
1.
Bertakbir,
bertahlil dan bertahmid di masjid, di rumah, di surau dan di tempat-tempat
ibadah pada 10 Zulhijjah.
2.
Mengerjakan
solat sunnat Hari Raya Aidiladha 2 rakaat berjemaah dan mendengarkan 2 khutbah.
3.
Dituntut
menyembelih binatang korban bagi yang mampu.
Hari
Raya Aidilfitri
·
Erti:
segi bahasa ialah berbuka. Menurut istilah syarak bermakna hari kemenangan bagi
orang yang berjaya menunaikan ibadat puasa selama sebulan di bulan Ramadan.
·
Bila
disambut? Setiap 1 Syawal.
·
Apakah
perasaan orang Islam yang meraikannya? Mereka akan meraikannya dengan gembira
dan bersyukur kepada Allah Taala.
·
Pandangan
Islam: umat Islam digalakkan menghidupkan suasana malam hari raya itu dengan
melakukan beberapa amalan berdasarkan sabda Rasulullah dalam hadis riwayat
As-Syafi’e dan Ibnu Majah yang bermaksud:
“Barang siapa yang menghidupkan dua malam
hari raya (Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha) kerana Allah dengan
mengharapkan pahala, nescaya tidak mati hatinya ketika hati-hati manusia mati”.
·
Hukum:
Umat Islam wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan orang-orang di bawah
tanggungannya pada bulan Ramadan sehingga sebelum imam mengangkat
takbiratulihram solat sunat Aidilfitri.
·
Apakah
amalan-amalan sunat yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad sewaktu hari raya
Aidilfitri?
1.
Bertakbir,
bertahmid dan bertahlil pada malam 1 Syawal sehingga imam mengangkat
takbiratulihram solat sunat Aidilfitri.
2.
Mandi
sunat Aidilfitri di pagi hari raya.
3.
Sebelum
berangkat ke masjid untuk bersolat sunat Aidilfitri disunatkan bersarapan pagi
terlebih dahulu.
4.
Menghias
diri dan tempat tinggal
5.
Memberi
bantuan kepada orang yang memerlukan pertolongan
6.
Mengeratkan
hubungan silaturahim sesama umat Islam dengan berkunjung iaitu
ziarah-menziarahi ke rumah-ruah sanak-saudara, jiran dan rakan.
Rujukan: buku teks tahun 8