Sunday, 21 August 2022

BAHASA DALAM

Dikenali sebagai Bahasa Istana atau Bahasa Raja-raja.

BAHASA DALAM

MAKSUD

Berangkat

Pergi ke suatu tempat seperti menghadiri majlis atau ke luar negara.

Beradu

Tidur

Bersiram

Mandi

Berpuspa (Sultan)

Istiadat paling besar yang dilalui oleh seorang raja setelah ditabalkan. Dalam istiadat ini baginda akan memakai Mahkota sebagai lambang keagungan sultan yang memerintah.

Berarak (Wazir)

Sebutan bagi menggelar menjadi wazir bagi seorang anak sultan yang gahara.

Diangkat (Cheteria)

Sebutan bagi menggelar seorang Pengiran menjadi Pengiran Cheteria.

Murka (Sultan, Keluarga Diraja hingga Cheteria

Marah atau tidak senang dengan sesuatu keadaan.

Jatnyawa (Keluarga Diraja hingga Pengiran-pengiran)

Sakit atau kurang sihat

Garing (Sultan dan Raja Isteri)

Sakit atau kurang sihat

Murung (Keluarga Diraja hingga Pengiran-pengiran)

Bersedih atau berdukacita

Kebasahan

Kemalangan atau musibah yang menyebabkan kecederaan yang teruk yang membabitkan kehilangan jiwa.

Lindung (Sultan dan Raja Isteri)

Kembali kerahmatullah

Mangkat (Keluarga Diraja)

Kembali kerahmatullah

 

Monday, 15 August 2022

Sunday, 14 August 2022

Membersihkan Kawasan Tanah Perkuburan

·     Aktiviti membersihkan kubur ini merupakan salah satu kebiasaan bagi Masyarakat Melayu Brunei yang beragama Islam.

·       Apabila salah seorang ahli keluarga telah meninggal dunia, maka akan diadakan beberapa majlis tahlil dan doa arwah. Contohnya:

majlis tahlil dan doa arwah 3 hari

Makan 7 hari

Makan 40 hari

Makan 100 hari

Makan haul (setahun sekali)

·       Ahli keluarga akan menziarahi tanah perkuburan untuk dibersihkan. Seterusnya dibacakan surah yasin serta bertahlil dan berdoa agar roh orang yang meninggal itu mendapat Rahmat dari Allah.

·     Biasanya orang Islam akan pergi ke tanah perkuburan ketika menyambut 1 syawal (Hari Raya Aidil Fitri) dan hari-hari selepasnya atau seminggu sebelum hari raya menjelang.

·       Islam menggalakan kita untuk menziarahi kerana terdapat beberapa kebaikan.

·       Kebaikan:

a.     Mendapat balasan pahala dari Allah

b.   Untuk memperingati dan menghormati keluarga yang telah kembali ke Rahmatullah

c.     Memberi kesan kepada kita untuk meningkatkan amal ibadah kepada Allah

d.     Menyemai sikap bergotong-royong, muafakat dan persefahaman

e.     Meningkatkan sikap bertanggungjawab

f.      Memupuk sikap prihtain dan pemedulian

g.     Memupuk sikap hormat-menghormati dan kasih sayang.

h.     Mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli keluarga

i.      Menyemai adab bersopan santun ketika berziarah ke kubur``

j.     Memberi pendidikan kepada generasi muda agar mengenali asal usul keturunan mereka

k.     Mencetuskan rasa keinsafan.

 RUJUKAN:
NEGARAKU BRUNEI TERCINTA TAHUN 8