Monday, 27 June 2022

8S

 BINCANGKAN PROSES  ATAU ACARA-ACARA PERKAHWINAN DALAM MASYARAKAT MELAYU BRUNEI.

1 comment:

  1. Adat berinai / berpacar

    Upacara ini kebiasaannya mengambil tempat tengah malam sebelum hari perkahwinan dan di langsungkan berasingan pada kediaman masing-masing.
    Majlis Masuk Adat Berinai
    pengantin akan berdiri diatas katil dengan didahului pengangun.
    Selepas itu pengantin tersebut akan disuruh duduk dikatil untuk sementara waktu sambil pengangun menunjukkan tapak tangannya dengan berhajat.
    Tindakan ini seterusnya akan diikuti oleh pengantin dimana seterusnya pengangun akan memegang tangan pengantin teresbut sambil membacakan doa.
    Pengantin itu kemudiannya akan diarahkan
    untuk berdiri dan akan di bawa mengelilingi katil sebanyak 3 kali dan seterusnya duduk tempat yang
    telah dikhususkan di katil yang mana disediakan lapik.
    Selepas itu, orang-orang tua keluarga akan
    mengambil giliran untuk menampal pengantin dengan inai.

    ReplyDelete