MAJLIS PERKAHWINAN
· Cara untuk mengeratkan hubungan baik serta mengukuhkan perpaduan ialah dengan sikap kasih sayang dan hormat menghormati semasa berada dalam majlis-majlis keraian.
· Majlis keraian ialah seperti perkahwinan, makan tahun, pindah rumah dan sebagainya.
· Kebaikan menghadiri majlis ialah:
1. agar wujud masyarakat agar dapat mengenali jenis majlis yang dihadiri.
2. Wujud masyarakat yang memahami kehidupan berbudaya puak lain.
3. Tidak menimbulkan prasangka dan merendahkan atau membenci budaya dan cara hidup orang lain
4. Wujud masyarakat yang bersatu padu dan harmoni,
5. Lahir masayarakat dan penduduk Brunei Darussalam yang sejahtera dan makmur.
· Majlis perkahwinan merupakan bukti yang mengambarkan cara hidup dan budaya masyarakat Melayu Brunei.
· Majlis perkahwinan boleh mengukuhkan kasih sayang antara dua insan lelaki dan perempuan.
· Melalui perkahwinan dapat menjadikan ikatan kekeluargaan bertambah besar iaitu pengantin lelaki akan menjadi ahli keluarga pengantin perempuan manakala pengantin perempuan menjadi keluarga pengantin lelaki.
· Tambahan lagi jika terdapat perkahwinan campur antara satu puak dengan puak yang lain. Contohnya seorang dari Puak Melayu Brunei berkawin dengan seorang dari Puak Melayu Tutong atau seorang dari Puak Melayu Belait berkahwin dengan seorang dari Puak Melayu Kedayan.
· Dalam Majlis perkahwinan masyarakat Melayu di Brunei ini terdapat banyak persamaan seperti merisik, meminang, pertunangan, akad nikah, persandingan, berambil-ambilan dan mulih tiga hari atau tujuh hari.
Proses Perkahwinan Masyarakat Melayu Brunei
|
Merisik |
|
Meminang |
|
Majlis Bertunang |
|
Menghantar Berian |
|
Majlis Akad Nikah |
|
Majlis Malam Berbedak dan Berinai |
|
Majlis Bersanding |
|
Majlis Berambil-ambilan |
|
Majlis Mulih Tiga Hari |
· Bagi masyarakat Melayu Brunei, besar atau kecilnya majlis perkahwinan itu bergantung kepada kemampuan masing-masing.
· Perkara yang paling penting ialah acara ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan tidak membazir.
· Contohnya pada masa ini, ramai yang mengadakan majlis perkahwinan yang ringkas dan sederhana.
· Antaranya dengan menyatukan Majlis Menghantar Berian dengan Majlis Akad Nikah manakala Majlis Berbedak disamakan harinya dengan Majlis Bersanding.
· Semua ini tidak salah asalkan tertib bagi setiap acara itu dipelihara mengikut hukum Islam dan adat resam orang Melayu Brunei.
· Amalan bersederhana ini adalah suatu langkah yang bijak. Ini kerana kita tidak membazir masa dan wang ringgit.
· Sebenarnya besar atau kecil sesebuah majlis perkahwinan itu tetap memerlukan wang, tenaga dan buah fikiran untuk mengendalikannya.
· Jika perkara tersebut dilakukan secara bersendirian saja tanpa bantuan orang lain tentu akan menyebabkan kerja dirasakan berat.
· Sebagai saudara-mara, jiran atau kawan, kita perlu memberikan sumbangan kepada orang yang mengadakan majlis perkahwinan itu.
· Terdapat pelbagai cara untuk memberikan bantuan atau penglibatan diri:
1. Memberikan sumbangan kewangan seangkat-angkat hati.
2. Memberikan bantuan tenaga (seperti menyambut tetamu, mengangkat hidangan, menyusun kerusi, membersihkan kerusi meja, mengutip sampah sarap, membantu memberikan buah tangan (campur) kepada tetamu dan sebagainya).
3. Memberikan cadangan, pendapat yang bersesuaian supaya majlis tersebut berjalan lebih baik dan lancar.
4. Semasa malam berjaga-jaga dilarang membuat kekacauan.
5. Datang lebih awal atau pada masa yang ditetapkan.
6. Selesaikan majlis barulah beredar pulang.
7. Pakaian mestilah bersih dan sesuai dengan majlis yang dihadiri.
· Biasanya pengantin lelaki dan perempuan akan memakai perhiasan seperti yang terdapat dalam gambar di bawah ini. Ini merupakan pakaian tradisi Melayu Brunei.
· Melalui bantuan dan sumbangan yang diberikan tentu akan dapat meringankan beban pihak penganjur acara disamping dapat mengeratkan silaturahim.
RUJUKAN:
NEGARAKU BRUNEI TERCINTA TAHUN 8
No comments:
Post a Comment