Sunday, 14 August 2022

Membersihkan Kawasan Tanah Perkuburan

·     Aktiviti membersihkan kubur ini merupakan salah satu kebiasaan bagi Masyarakat Melayu Brunei yang beragama Islam.

·       Apabila salah seorang ahli keluarga telah meninggal dunia, maka akan diadakan beberapa majlis tahlil dan doa arwah. Contohnya:

majlis tahlil dan doa arwah 3 hari

Makan 7 hari

Makan 40 hari

Makan 100 hari

Makan haul (setahun sekali)

·       Ahli keluarga akan menziarahi tanah perkuburan untuk dibersihkan. Seterusnya dibacakan surah yasin serta bertahlil dan berdoa agar roh orang yang meninggal itu mendapat Rahmat dari Allah.

·     Biasanya orang Islam akan pergi ke tanah perkuburan ketika menyambut 1 syawal (Hari Raya Aidil Fitri) dan hari-hari selepasnya atau seminggu sebelum hari raya menjelang.

·       Islam menggalakan kita untuk menziarahi kerana terdapat beberapa kebaikan.

·       Kebaikan:

a.     Mendapat balasan pahala dari Allah

b.   Untuk memperingati dan menghormati keluarga yang telah kembali ke Rahmatullah

c.     Memberi kesan kepada kita untuk meningkatkan amal ibadah kepada Allah

d.     Menyemai sikap bergotong-royong, muafakat dan persefahaman

e.     Meningkatkan sikap bertanggungjawab

f.      Memupuk sikap prihtain dan pemedulian

g.     Memupuk sikap hormat-menghormati dan kasih sayang.

h.     Mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli keluarga

i.      Menyemai adab bersopan santun ketika berziarah ke kubur``

j.     Memberi pendidikan kepada generasi muda agar mengenali asal usul keturunan mereka

k.     Mencetuskan rasa keinsafan.

 RUJUKAN:
NEGARAKU BRUNEI TERCINTA TAHUN 8

 

 

 

4 comments:

  1. Besar=basar
    Keras=karas
    Boleh=bulih
    Tolong=tulung
    Sekejap — sakajap
    Lama — batah
    Inilah — anitah
    Itulah — atutah

    ReplyDelete
  2. mencabang saya =mencabar saya :)

    ReplyDelete
  3. Betul — banar/lurus (benar)
    Tipu — dusta/kelakar/eksen
    Dahaga — karing lihir (kering leher)
    Mengantuk — kalat mata (kelat mata)
    Rosak — binasa
    Susah — payah
    Juga — jua
    Tua — tuha
    Bilik mandi — kamar mandi

    ReplyDelete