Sunday, 18 September 2022

BENDERA PERIBADI PEMBESAR NEGARA

Orang-orang perseorangan juga diberi kebenaran menggunakan bendera peribadi iaitu:

·       Keturunan sultan hingga ke piut,

·       Keturunan wazir hingga ke cicitnya,

·       Keturunan cheteria hingga ke cucu dan

·       Pehin-pehin hingga ke pengarah.

 

Bendera-bendera ini telah diubahsuai dan direkabentuk dengan lambang diraja atau lambang kerajaan mengikut kesesuaiannya. Lambang ini juga telah dimuatkan mengikut kesesuaian darjat dan taraf gelaran masing-masing dan sentiasa berubah mengikut keadaan dan masa.

Bendera sultan dan kerabat diraja biasanya mempunyai tanah warna yang khusus, iaitu:

·       Kuning untuk Sultan

·       Putih untuk Pengiran Perdana Wazir dan Pengiran Bendahara

·       Hijau (gadong) untuk Pengiran Di Gadong

·       Hitam untuk Pengiran Pemancha

·       Merah untuk Pengiran Temenggong

·       Ungu (taruk ubi) untuk Kepala Cheteria dan Cheteria 4

·       Jingga (pacah talur) untuk Cheteria 8

·       Merah jambu (Kalas) untuk Cheteria 16

·       Kuning di tepi sebelah atas dan bawah serta merah di tengahnya untuk Pehin-pehin Manteri.

Lazimnya bendera-bendera kerabat dirajaini dimuatkan dengan lambang diraja, terdiri daripada beberapa lambang benda-benda yang menjadi alat kebesaran diraja, seperti mahkota panji-panji, tongkat ajai dan payung. Pada umumnya lambang yang terdapat dalam bendera kerabat diraja ini adalah mengikut lambang bendera sultan, cuma kadungannya sahaja ada yang dikurangkan ataupun digantikan dengan lambang benda-benda lain.

Lambang diraja ini hanya boleh digunakan oleh orang-orang tertentu sahaja dan merak yang ditentukan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hasssanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah adalah seperti berikut:

·       Sultan

·       Raja Isteri, Pengiran Isteri atau isteri-isteri sultan yang lain

·       Begawan Sultan dan Suri Seri Begawan

·       Duli Pengiran Muda Mahkota

·       Duli Pengiran Perdana Wazir

·       Putera-puteri gahara sultan.

 

 

sultan

Raja Isteri, Pengiran Isteri

Begawan Sultan dan Suri Seri Begawwan

Pengiran Muda Mahkota

Duli Pengiran Perdana Wazir

Putera- Puteri  Sultan Yang Gahara

Lambang Kerajaan

Perkataan ‘Allah’

/

/

/

/

/

/

 

Bulan sabit

/

/

 

 

 

/

/

Mahkota

/

 

 

 

 

 

 

Tiara

 

/

 

 

 

 

 

Panji-panji

/

/

/

/

/

/

/

Buah padi

/

/

/

/

/

/

 

Ikatan bung air mulih

/

/

/

/

/

/

 

Sakah-sakah

/

/

/

/

/

/

 

Pita

 

 

 

/

/

 

/

Cogan istiadat diraja

 

 

 

/

 

 

 

Cogan agama

 

 

 

/

 

 

 

Keris Si Kikil

 

 

 

 

/

 

 

Tangan / Kimhap

 

 

 

 

 

 

/

Disediakan oleh Jabatan Pusat Sejarah

*Sayap mengandungi empat kerat bulu sahaja, dan bukan 5 kerat seperti panji-panji lain.

rujukan buku teks menengah 4 MIB

 

No comments:

Post a Comment