Tuesday, 13 February 2024


 

JUJUR DAN IKHLAS

 

Erti

Suatu sikap tulus, lurus hati dan tidak mengharapkan balasan atau imbalan terhadap bantuan yang diberikan. Sebagai contoh jangan hanya tahu menasihati sahaja tetapi mesti diamalkan.

 

Kebaikan

·       Melahirkan masyarakat yang amanah, bertanggung jawab dan beriman.

·       Seseorang yang jujur dan ikhlas akan dihormati, dipercayai, disayangi dan disanjung tinggi.

 

Jika tiada sifat ini?

·       Masyarakat akan menjadi kucar kacir kerana berlaku penipuan dan pembohongan.

·       Sikap tidak jujur dan ikhlas adalah bertentangan dengan ajaran islam.

 

Bagaimana mengamalkan sikap ini?

·       Semasa bercakap dan memberi nasihat kepada seseorang hendaklah secara benar.

·       Memelihara dan memulangkan harta benda kepada pemiliknya.

·       Memberi pertolongan, bantuan dan sumbangan mengikut kemampuan mereka yang memerlukan.

 

No comments:

Post a Comment