Wednesday, 13 March 2024

PANGGILAN PANGKAT KEKELUARGAAN

·         Dalam kehidupan seharian, kita tidak bersendirian sahaja.

·         Setiap orang mempunyai keluarga yang terdiri dari nenek, bapa ibu, adik beradik, bapa saudara atau ibu saudara sebelah bapa, bapa saudara dan emak saudara sebelah ibu.

·         Panggilan dalam keluarga menggunakan ganti nama khusus.

·         Penggunaan ganti nama ini penting

1.      kerana ia dapat membezakan pangkat antara satu sama lain.

2.      Ialah amalan yang terpuji dan disanjung tinggi

·         Terdapat juga panggilan kepada orang yang tertentu.

·         Dalam kekeluargaan ada beberapa panggilan yang menjadi adat dan kebiasaan orang Brunei.

·         Antara contoh panggilan pangkat kekeluargaan ialah:

Nenek atau nini

Bapa atau ibu kepada bapa dan ibu kamu

bapa

Ayah

Babu atau mama

Ibu

Siawang

Anak lelaki

Sidayang

Anak perempuan

Abang, kakak dan adik

Panggilan adik beradik kamu

awang

Kaum lelaki

Dayang

Kaum perempuan

Haji atau tuan haji

Lelaki yang menunaikan haji

Hajah atau puan hajah

Perempuan yang menunaikan haji

Pengiran

Kepada orang yang bergelar awangku dan dayangku yang telah cukup umur tertentu.

awangku

Anak lelaki kepada pengiran

dayangku

Anak perempuan kepada pengiran

Cikgu

Panggilan khusus buat tenaga pengajar, guru atau pendidik

Imam

Orang yang bertugas sebagai imam

Bilal

Tukang azan

Dato Seri Paduka, Dato Seri Setia dan Dato Paduka

Mereka yang dikurniakan binatang kebesaran darjah pertama dan kedua

 

 

 

 

 

 

 

Panggilan buat adik beradik ibu atau bapa

Bilangan

Gelaran

Anak yang pertama

Tua/wawa

Anak yang kedua

Basar/asai/acai

Anak yang ketiga

Tangah/angah

Anak yang keempat

Iring

Anak yang kelima

Uda/muda

Anak yang keenam

Amit/ damit

Anak yang ketujuh

Bungsu/usu/ucu

 

Rujukan: buku teks tahun 8

No comments:

Post a Comment