Sunday, 23 June 2024


 


SULTAN DAN PEMBESAR NEGARA


Sultan berasal daripada bahasa Arab yang bermakna raja atau pemerintah. Gelaran ini mula digunakan pada kurun kesebelas sebagai nama pemerintah sesebuah kerajaan Islam yang sebelumnya disebut 'Khalifah". Pemerintah Islam yang pertama bergelar Sultan ialah Sultan Mahmud Al-Ghazna yang menjadi raja di Afganistan pada tahun Masihi 988-1030. Gelaran sultan ini seterusnya digunakan oleh pemerintah Othmaniah dan kemudiannya kerajaan-kerajaan Islam yang lain, termasuklah Kerajaan Kesultanan Melayu Negara Brunei.

Pemerintahan secara Islam di Brunei bermula pada  1365 Masehi setelah Awang Alak Betatar berkahwin dengan puteri Sultan Johor. Awang Alak Betatar telah memeluk agama Islam dan bergelar Sultan Muhammad Shah (1363-1402). Semenjak itu gelaran raja yang memerintah Brunei berubah dengan rasminya kepada Sultan, sesuai dengan kedudukan Brunei sebagai sebuah negara Islam.


Pembesar negara pula ialah perkataan yang merujuk kepada seseorang yang berpangkat tinggi dalam negara dan pangkat ini telah diperolehi melalui pengurniaan gelaran atau secara pemberian jawatan tinggi oleh pemerintah negara itu. Dari segi kedudukannya pembesar negara adalah kedua tertinggi selepas sultan.

Buku teks Melayu Islam Beraja Menengah IV

1 comment: