Naubat Diraja Brunei merupakan alat-alat muzik diraja yang terkandung di dalam Alat-Alat Kebesaran Diraja bagi Negara Brunei Darussalam. Seperti kesultanan-kesultanan yang memiliki kumpulan nobat diraja mereka yang tersendiri, Naubat Diraja Brunei ini telah menjadi lambang kekuasaan dan kedaulatan Sultan-Sultan Brunei yang memerintah di atas takhta Kerajaan Negara Brunei Darussalam sejak zaman dahulu lagi. Menurut Salasilah Raja-Raja Brunei, Naubat Diraja Brunei merupakan warisan Sultan-Sultan Brunei dari negeri "Johor Kamal-ul-Maqam" dan negeri Minangkabau.
Ahli-ahli Pasukan Naubat Diraja Brunei lazimnya akan mewarisi pekerjaan datuk-nenek mereka dahulu sebagai pegandang. Oleh kerana Kampong Ayer pernah menjadi kawasan persemayaman Sultan-Sultan Brunei, 'pegandang-pegandang' dipilih dari beberapa buah perkampungan di Kampong Ayer, iaitu: Sultan Lama (tidak lagi wujud), Pemancha Lama (tidak lagi wujud) dan Sungai Kedayan. Walau bagaimanapun, kini sesiapa saja boleh menjadi 'pegandang', asalkan mempunyai bakat serta adab dan ketertiban (termasuk pengetahuan Bahasa Dalam atau Bahasa Istana) yang diperlukan. Ia terdiri dari 3 jenis alat muzik iaitu Nakara, Serunai dan Gendang Labek.
Mengikut tradisi, Naubat Diraja Brunei mempunyai 4 buah serunai: 2 bersampak emas dan 2 bersampak perak. Lazimnya, hanya 1 atau 2 buah serunai akan ditiup di dalam sesuatu masa. Rampak-rampak (irama) serunai adalah seperti berikut: Liu-Liu, Kudidi, dan Sangga Bunuh.
Rujukan:
https://www.adat-istiadat.gov.bn/SitePages/Alat-Alat%20Kebesaran%20Diraja.aspx
https://ms.wikipedia.org/wiki/Naubat_Diraja_Brunei
Borneo Bulletin






No comments:
Post a Comment