MENGHORMATI MASJIDMasjid
Ialah tempat yang paling suci dan mulia disisi Allah Taala.
Dikenali sebagai rumah Allah
Tempat ibadah orang Islam.
Tempat bersolat jumaat
Majlis keagamaan seperti sambutan awal tahun hijrah, bertadarus di bulan ramadhan, nisfu syabaan
Acara kenegaraan: sambutan hari kebangsaan, sambutan hari keputeraan, hari guru dan hari perkhidmatan awam
Kegiatan kebajikan: Kurusu fardhu ain, kifayag dan kegiatan membaca doa.
Masjid utama ialah masjid Jame Asri hassanil Bolkiah dan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien yang menjadi tarikan pelancong luar negara.
Kesucian masjid tanggungjawab semua.
Cara menjaga kebersihan masjid
- Membuka kasut atau selipar sebelum masuk
- Jangan berludah atau membuang najis kecuali ditempat yang disediakan
- Jangan membuang sampah atau sisa makanan sesuka hati
- Tempat solat mestilah bersih dari najis
- Tidak membawa masuk barang tegahan
Akhlak di dalam masjid
- Beribadah iaitu niat kerana Allah
- Tidak bermain-main atau berbuat bising serta tidak bergurau senda.
- Menutup aurat
- Duduk dengan tertib dan teratur
- Taat dan patuh kepada Allah dan Rasul
- Elakkan dari perkara yang membatalkan ibadah
- Menjaga harta benda seperti tempat sembahyang, harta wakaf, taman, tandas dan sebahainya
- Tidak menganggu ketenteraman orang lain.
MAJLIS SUKA DAN DUKA
Budaya orang Melayu
Menghadiri undangan adalah dituntut oleh Islam
Kita perlulah memberi bantuan.
Contoh majlis perkahwinan, pindah rumah dan kesyukuran (mandi belawat, hari jadi, naik haji atau umrah).
Majlis duka pula seperti majlis doa arwah dan tahlil
Kebaikan menghadiri ialah mengeratkan silaturahim
Amalan Berdoa
Doa ialah ibadat,tiang agama, cahaya langit dan bumi serta senjata umat Islam
Berdoa ialah memohon sesuatu dari Allah Taala. Ia hendaklah diiringi dengan ikhtiar dan usaha. Berdoa hendaklah dilakukan tanpa mengira masa senang atau susah. Ia boleh dilakukan secara persendirian atau beramai-ramai
Adab berdoa
- Berwudhu
- Sunnat menghadap kiblat
- Mendengar atau mebaca doa dengan penuh khusyu dan yakin
- Menadah kedua tangan
- Mengaminkan doa
- Suci tubuh badan, pakaian dan tempat.
- Menghadap kiblat
- Merendah diri kepada Allah
- Nada suara perlahan
- Jangan merajuk atau putus asa jika dia belum dikabulkan. Sebaliknya harus bersabar dan terus berdoa
- Tutup doa dengan pujian kepada Allah dan selawat
Tujuan
Memohon keberkatan, tanda kegembiraan dan kesyukuran kepada Allah di atas rahmat, kesihatan, keselamatan diri, keluarga dan negara.
Perkara yang digalakkan sewaktu menghadiri majlis suka
- Mengucapkan tahniah
- Tunjukkan rasa gembira
- Berpakaian sopan
- Mendoakan orang yang diraikan
- Membantu dari segi wang, makanan sumbangan tenaga dan buah fikiran agar wujud masyarakat prihatin, harmoni dan bertatasusila
Doa Arwah
Amalan orang Brunei jika berlaku kematian
Upacara yang dilakukan ialah pengkebumian, tahlil dan doa arwah
Mengikut hari tertentu seperti hari ke-3, hari ke 7(makan 7 hari), hari ke-40(makan 40 hari) dan hari ke-100(makan 100 hari).
Selepas itu diadaka setahun sekali sama ada sebelum atau semasa bulan Ramadhan secara kekeluargaan atau perhimpunan kampung.
Jika digalakkan mengucapkan takziah, sedekahkan fatihah , berpakaian sopan,berakhlak mulia dan mengaminkan doa.
Meningati mati hukumnya sunnat
Jika seseorang itu meninggal dunia, fardhu kifayah perlu dijalankan oleh orang yang hidup iaitu 4 perkara: memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan mengebumikannya.
Tujuan
- Agar roh yang meninggal mendapat rahmat dari Allah
- Memupuk silaturahim dikalangan keluarga dan jiran.

No comments:
Post a Comment