Jujur
Sikap ikhlas dan berterus terang dalam perbuatan dan percakapan semasa membuat sesuatu pekerjaan yang berkebajikan.
Kebaikan
- Orang yang mengamalkan sikap jujur dalam kehidupannya bukan sahaja membahagiakan diri sendiri tapi memberikan keyakinan Dan kesenangan kepada semua orang.
- Seseorang yang jujur akan dihormati, dipercayai, disayangi, disanjung tinggi serta mudah didampingi.
Jika tiada sikap ini
- Bagi yang tiada sikap jujur seperti berbohong, menipu, sombong dan tidak ikhlas, mereka ini menjadi musuh masyarakat.
- Mereka akan sentiasa dibenci kerana tidak jujur dalam membuat pekerjaan dan urusan.
- Jika masyarakat mengamalkan sikap ini, Maka negara akan menjadi kucar-kacir dan saling bergaduh.
Cara mewujudkan
- Ketika berada di kantin, kita hendaklah membayar makanan yang dimakan.
- Semasa menduduki peperiksaan, kita dilarang untuk meniru.
- Jika melakukan kesalahan, kita hendaklah mengakui dan jangan menuduh orang lain.
No comments:
Post a Comment