Tuesday, 18 June 2024

 

FAEDAH PENGLIBATAN DALAM MAJLIS ATAU AKTIVITI KEAGAMAAN

Bulan-bulan Islam

Muharram

Safar

Rabiulawal

Rabiulakhir

Jamadilawal

Jamadilakhir

Rejab

Syaaban

Ramadan

Syawal

Zulkaedah

Zulhijjah

 

Majlis-Majlis Keagamaan

·         Di dalam Islam terdapat hari-hari kebesaran Islam.

·         Hari-hari kebesaran ini mempunyai kelebihan dan keutamaannya.

·         Sesetengah hari-hari kebesaran Islam itu mempunyai amalan-amalan yang hanya  dilakukan pada hari tersebut.

·         Antaranya ialah:

1 Muharam

Awal tahun hijrah

12 rabiulawal

Hari keputeraan Nabi Muhammad

27 rejab

Isra dan Mikraj

15 syaaban

Nisfu syaaban

1-30 Ramadan

Puasa (antara 1 malam itu lebih baik dari 100 bulan iaitu malam lailatul Qadar).

17 Ramadan

Nuzul Al-Quran

1 Syawal

Hari Raya Aidilfitri

10 Zulhijjah

Hari Raya Aidiladha

·         Bagi menghayati dan mendukung falsafah Melayu Islam Beraja, hari kebesaran Islam disambut secara besar-besaran. 

·         Perkara ini disarankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang antara lain baginda bertitah:
“… demikian juga beta telah menyarankan supaya hari-hari kebesaran Islam disambut dengan secara besar-besaran…”

·         Bagi memuliakan majlis keagamaan tersebut, kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah menetapkan hari-hari kebesaran Islam sebagai hari-hari kelepasan awam (cuti).

a.       Sambutan Awal Tahun Hijrah

Awal Tahun Hijrah

1.      Nama lain: awal muharram

2.      Sebab: bulan pertama dalam takwim Islam

3.      Bila takwim Islam dicipta?: semasa pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab.

4.      Bilakah pertama hijrah? Baginda memilih tarikh Nabi Muhammad berhijrah itu sebagai tahun pertama hijrah.

Sambutan Awal Tahun Hijrah

1.      Sambutan awal tahun Hijrah dilakukan secara besar-besaran di Brunei Darussalam

2.      Bagaimana ia disambut di masjid? Ia disemarakkan dengan bacaan doa awal dan akhir tahun serta bersolat magrib berjemaah. Seterusnya diikui dengan bacaan surah Yassin beramai-ramai di semua masjid dan surau.

3.      Siapa yang akan hadir di acara kemuncak? Majlis ini dihadiri oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, kerabat diraja, pembesar negara

4.      Apakah aktiviti lain yang dilakukan untuk menyambut kedatangan awal muharram ini? Sepanjang bulan Muharram, semua masjid, surau, jabatan kerajaan dan swasta akan mengadakan majlis becorak keagamaan seperti syarahan, dikir dan peraduan keagamaan.

5.      Apakah kelebihan dan keistimewaan sambutan awal tahun Hijrah?

                    I.            Mengambil tabaruk(berkat) hari kebesaran Islam bagi menyemarakkan syiar Islam

                 II.            mengukuhkan keimanan

              III.            mewujudkan perpaduan ummah

              IV.            mengeratkan silaturahim

                V.            meningkatkan takwa kepada Allah dan Rasul

 

b.      Sambutan Maulidur Rasul

Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam

1.      Nama: Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bin Abdullah.

2.      Bila dilahirkan? Waktu subuh, hari isnin, 12 Rabiul Awal tahun Gajah bersamaan 20 April 571 Masehi di Kota Mekah Al-Mukarramah

3.      Kenapa diadakan sambutan? Sebagai tanda cinta dan kasih sayang umat Islam kepada junjungan besar Nabi Muhammad, peristiwa kelahiran baginda ini disambut secara besar-besaran di seluruh dunia Islam

 

Sambutan Maulud Nabi Muhammad

·         Di Negara Brunei Darussalam, sambutan Maulud Nabi disambut secara besar-besaran di seluruh negara.

·         Ia dimulakan dengan mengadakan majlis dikir di semua masjid dan surau. Majlis ini diadakan selama 12 malam berturut-turut mulai 1 Rabiulawal

·         Acara kemuncak ialah syarahan agama, dikir dan perarakan berjalan kaki. Kebiasaannya perhimpunan besar diadakan di ibu negara iaitu Bandar Seri Begawan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta kerabat diraja berangkat ke majlis sambutan tersebut. Baginda akan beramah mesra bersama rakyat. Seterusnya mengetuai perarakan bersama rakyat.

 

c.       Sambutan Hari Raya

Sambutan Hari Raya

Sambutan hari raya di Brunei ada 2:

·         Hari raya Aidiladha: dirayakan pada 10,11,12 dan 13 Zulhijjah

·         Hari Raya Aidilfitri dirayakan pada 1 Syawal

 

Hari Raya Aidiladha

·         Nama lain: Yauman-Nahar( Hari Raya Korban) dan Yamul-Haj (Hari Raya Haji)

·         Hukum:  hari yang dituntut (sunat mu’akkat) kepada umat Islam melakukan korban binatang yang ditentukan oleh syarak.

·         Apakah binatang-binatang yang boleh dikorban? Kambing, lembu, kerbau dan unta.

·         Apakah antara amal ibadat yang dilakukan bagi merayakan dan memuliakan Hari Raya Aidiladha?

1.      Bertakbir, bertahlil dan bertahmid di masjid, di rumah, di surau dan di tempat-tempat ibadah pada 10 Zulhijjah.

2.      Mengerjakan solat sunnat Hari Raya Aidiladha 2 rakaat berjemaah dan mendengarkan 2 khutbah.

3.      Dituntut menyembelih binatang korban bagi yang mampu.

 

Hari Raya Aidilfitri

·         Erti: segi bahasa ialah berbuka. Menurut istilah syarak bermakna hari kemenangan bagi orang yang berjaya menunaikan ibadat puasa selama sebulan di bulan Ramadan.

·         Bila disambut? Setiap 1 Syawal.

·         Apakah perasaan orang Islam yang meraikannya? Mereka akan meraikannya dengan gembira dan bersyukur kepada Allah Taala.

·         Pandangan Islam: umat Islam digalakkan menghidupkan suasana malam hari raya itu dengan melakukan beberapa amalan berdasarkan sabda Rasulullah dalam hadis riwayat As-Syafi’e dan Ibnu Majah yang bermaksud:

“Barang siapa yang menghidupkan dua malam hari raya (Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha) kerana Allah dengan mengharapkan pahala, nescaya tidak mati hatinya ketika hati-hati manusia mati”.

·         Hukum: Umat Islam wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan orang-orang di bawah tanggungannya pada bulan Ramadan sehingga sebelum imam mengangkat takbiratulihram solat sunat Aidilfitri.

·         Apakah amalan-amalan sunat yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad sewaktu hari raya Aidilfitri?

1.      Bertakbir, bertahmid dan bertahlil pada malam 1 Syawal sehingga imam mengangkat takbiratulihram solat sunat Aidilfitri.

2.      Mandi sunat Aidilfitri di pagi hari raya.

3.      Sebelum berangkat ke masjid untuk bersolat sunat Aidilfitri disunatkan bersarapan pagi terlebih dahulu.

4.      Menghias diri dan tempat tinggal

5.      Memberi bantuan kepada orang yang memerlukan pertolongan

6.      Mengeratkan hubungan silaturahim sesama umat Islam dengan berkunjung iaitu ziarah-menziarahi ke rumah-ruah sanak-saudara, jiran dan rakan.


Rujukan: buku teks tahun 8

 

3 comments:

  1. https://jameasr.tripod.com/e-blokpentadbiran.htm

    ReplyDelete
  2. https://jameasr.tripod.com/

    ReplyDelete
  3. website ini sangat bagus untuk research sebab MIB!!!

    ReplyDelete